Dengan nama

Posted: April 15, 2014 in Sepetang di Kota Luhur

Petang itu hujan turun gerimis. Dua orang sahabat baru selesai pulang dari pengajian. Pengajian yang membawa kepada satu kepercayaan. Takdir. Andai itu takdirnya, itulah takdirnya. Demi mengamalkan apa yang telah dipelajari. Ula dan humul sama2 ke kawasan lapang. Dan perkara yang bakal mereka lakukan ini adalah benar2 menguji ilmu, serta siapa2 saja yang melihatnya.

Ula: nah

Humul: mana kau dapat pistol ni?

Ula: ayah aku kan polis, dia sudah balik kerja. Dan aku memang tahu dia simpan pistol dalam almari. Cepatlah.

Humul: kau betul2 ke ni? Aku rasa tak sedap hati la ula.

Ula: bukankah kita perlu yakin sahaja. Kau baca bismillah, aku baca bismillah. Niatkan semoga peluru ini tidak tembus badan aku. Dan lepaskan tembakan.

Humul: aku yakin dengan bismillah. Tapi bila buat benda ini. Aduh. Macam mana kalau tidak jadi?

Ula: aku yakin jadi. InsyaAllah. Bismillah saja, dan betulkan niat. Lepaskan tembakan.

Humul masih ragu2. Ula penuh yakin meminta ber-talu2. Nasib mereka sudah lama ditentukan Tuhan. Adakah nasib mereka berada pada peluru. Atau pada pistol. Atau pada Ula. Atau pada Humul. Atau pada yang mereka percaya. Hidup ini ringkas. Seringkas kisah ini.

*pommm

Tembakan dilepaskan.

Leave a comment